Dewan Ulamak Negeri Negeri

Wednesday, July 27, 2011

Dewan Ulamak PAS Pusat lancar MAQTAR dan Ihya' Ramadhan

Oleh: sripetaling

"pic_maqtaris_01Kuala Lumpur, 26 Julai 2011 - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) pada 23 Julai yang lepas telah berjaya melancarkan dengan jayanya MAQTAR dan Ihya' Ramadhan.

Perlancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh.

pic_maqtaris_01
Perlancaran tersebut dilakukan di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dengan slot gimik pelancaran, persembahan IT dan ceramah perdana.
MAQTAR adalah singkatan daripada Majlis Tafaqquh dan Tarbiah. Ianya merupakan program kelolaan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diselaras sepenuhnya oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan di bawah satu Jawatankuasa Khas MAQTAR yang terdiri dari mereka berpengalaman yang khusus dibentuk untuk tujuan tersebut.
Majlis perlancaran tersebut turut dihadiri sendiri oleh rektor KUIZM Dr. Sahabuddin Ngah selaku tuan rumah dan tokoh-tokoh tempatan.
Sebagai permulaan, MAQTAR akan menggerakkan program Ihya' Ramadhan yang InsyaAllah akan berlansung di KUIZM, Taman Melewar.
Selain solat tarawih yang dimamkan oleh Imam yang dilantik khusus, MAQTAR menyediakan pengisi-pengisi tazkirah yang terdiri para Tuan-tuan Guru, para ulamak dan pimpinan dari seluruh Malaysia untuk memeriahkan lagi Ihya Ramadhan pada kali ini.
Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, tujuan utama program MAQTAR dilancarkan adalah bertujuan membekalkan umat Islam dengan pelbagai pengetahuan Islam yang disampaikan oleh tokoh-tokoh Ulamak Malaysia untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
pic_maqtaris_02
Kepada seluruh umat Islam khususnya di Lembah Kelang diseru supaya memeriahkan Ihya' Ramadhan dengan menghadiri solat terawih dan tazkirah MAQTAR di KUIZM, Gombak di samping mengambil kesempatan untuk bertemu secara langsung dengan Tuan-tuan Guru dan para ulamak dari seluruh Malaysia nanti.
Ramadhan Karim.
" 

No comments:

Post a Comment